KOKURIKULUM >>Sukan & Permainan >> Kelab & Persatuan >> Badan Beruniform
JADUAL KOKURIKULUM
|
Sembang - sembang
Kokurikulum merupakan salah satu bidang yang perlu dititikberatkan perlu seimbang dengan kemajuan pelajar dalam bidang akademik. Sebagai tempat yang menyediakan aktiviti dan pengalaman pengajaran dan pembelajaran, sekolah dilihat mampu menyediakan semuanya. Para pelajar melakukan aktiviti dan pengalaman tersebut sama ada dalam atau diluar bilik darjah, tetapi, sebahagian besar proses pembelajaran dan aktiviti pendidikan tersebut dilaksanakan dalam bilik darjah. Gerak kerja kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar perlu melibatkan diri. Gerak kerja kokurikulum berasaskan mata pelajaran akademik atau tidak berasaskan mata pelajaran akademik kerana pengalaman yang diperoleh ini adalah secara tidak langsung atau secara langsung.
Kokurikulum lebih banyak dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak formal dengan menekankan perkara dan aspek yang tersembunyi seperti nilai, bakat, peranan, kepimpinan, sosial dan sebagainya. Kebiasaannya aktiviti kokurikulum dilaksanakan pada waktu petang atau hujung minggu. Sesetengah aktiviti kokurikulum juga dilaksanakan di dalam bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti seperti ceramah, kuiz, syarahan dan sebagainya.